Tuesday, July 14, 2009

Pengembara Masa


Sesal.
Perlu ke?
Kadang perlu, kadang ragu.
Mengubah diri, itu sahaja yang aku perlu.

Pengembara Masa

Andai kau dapat melihat masa depanmu,
sanggupkah kau berlari mengejarkan sesuatu yang tentu?
Andai kau dapat melihat masa depanmu, 
sanggupkah kau melihat tarikh kematian dirimu?

Jika kau dapat mengubah masa silam mu,
mampukah kau mengubah sesuatu yang telah pun berlaku?
Jika kau dapat mengubah masa silam mu, 
mampukah kau bersedia dengan apa yang kan berlaku?

Manusia, penuh dengan dosanya, ketidaksempurnaan dirinya.
Hidup pula asyik meminta yang terindah dari kita.

Jika aku seorang pengembara masa hadapan dan juga silam,
ku akan perbetulkan semua silapku.
Jika aku berpeluang meluangkan masa ku yang dulu, 
akan ku datang untuk mencari kamu.

Namun aku hanya manusia yang terlalu biasa dan hina,
mungkin aku hanya perlu mengubah diriku......

Mengubah diriku.

INI JANJI AKU.

4 comments:

  1. gambar bangsar village eh?

    ReplyDelete
  2. ko tgh menyesal ke?

    ReplyDelete
  3. falai... lagu ni adalah kau di samping kami...

    ReplyDelete
  4. aku sedih ngn lirik ni. tsedar sape sbnrnye aku..

    * aku hanya perlu mengubah diriku

    ReplyDelete