Tuesday, May 5, 2009

Laut Yang Taat



A friend of mine wants his tulisan to be posted here. (aku terharu*blushing*)oh btw, ini gambar tioman.cantik kan?haha.

Laut tersenyumlah,
kau membawa keindahan agung,
yang mendamaikan hati si pemuja pantai...
lalu ia berjalan di tepian mu,
sambil memegang panji kedamaian....

Laut bermegahlah,
bayu mu kelembutan,
ombak mu ketegasan,
pasir mu kesetiaan,
biru mu inspirasi mata pena....
yang memuji pencipta mu yang Maha....

Damai lah hati mu,
wahai si pemuja pantai,
senyum mu ketenangan,
mata mu kegirangan,
di tangan mu puisi keindahan,
nafas mu tiupan harapan,
setiap langkah mu seribu tujuan....

Kau sentiasa tahu...
Laut itu bukti kewujudan,
kau juga tahu..
laut juga nyawa yang bertasbih,
lalu ia setia menjadi akibat,
dari sebab yang ditentukan....


riang lah jiwa mu,
si pemuja pantai,
pena mu saksi,
puisi mu bukti,
dengan memuji keindahan laut,
kau masih mahu menjadi khalifah,
kau masih mahu mengenggam amanah,
lalu mata mu menunjuk syukur,
dengan air mata yang tenang....
gembira kau masih berpeluang....


bernafas lah laut...
demi melalui mu hati ini berzikir....

PENULIS : MFN @ Sang Pipa

1 comment:

  1. panjang sangat la...
    kene kecikkan font skit kut...
    hahaha...

    ReplyDelete